Majlis Ekonomi Halal Lancar Tahun Kesedaraan Halal 2021- 2022 |
Kerajaan digesa wujudkan Dasar Halal NegaraSHAH ALAM - Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia (MEH) menggesa kerajaan untuk mewujudkan Dasar Halal Negara bagi mengelakkan berlaku lebih banyak kekeliruan pada masa akan datang.
Setiausaha Agungnya, Dr Helmi Ibrahim berkata, inisiatif berkenaan perlu bersifat inklusif dan bukan eksklusif dengan merujuk kepada persijilan halal sahaja tetapi turut merangkumi ekosistem halal secara keseluruhan. “Negara kita mempunyai dasar mengenai sisa pepejal tetapi ironinya negara tidak mempunyai dasar halal malah, Akta Halal pun tidak ada. “Ini adalah suatu yang menghairankan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara di mana agama rasminya Islam, namun semangat agama persekutuan ini tidak termaktub dalam dasar kerajaan dalam konteks tersebut. “Dengan adanya Dasar Halal Negara, maka segala kekeliruan dapat ditangani dengan tuntas dan kerajaan mempunyai kerangka perundangan dan pentadbiran yang jelas untuk pembangunan industri halal,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambah Helmi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh memainkan peranan lebih khusus dalam memajukan sektor halal sebagai pola pertumbuhan ekonomi umat Islam.
Ujarnya, kini industri halal dari segi permodalan pasaran dimonopoli pengusaha bukan Islam padahal majoriti penggunanya adalah umat Islam. “Sudah sampai masanya umat Islam bukan hanya berbangga mempunyai mekanisme persijilan halal bertaraf global, tetapi juga melahirkan usahawan halal Muslim yang mampu menampilkan produk dan perkhidmatan untuk pasaran halal global. “MEH sedia bekerjasama dengan kerajaan dalam merangka dan menjayakan Dasar Halal Negara. Kami merupakan badan yang terawal mengutarakan cadangan ini sejak tahun 2014. “Malah kami telah mengemukakan cadangan lengkap beberapa kali kepada kerajaan, seiring perubahan tampuk pemerintahan,” jelasnya. Menurutnya, dengan pelancaran 2024 dan 2025 sebagai Tahun Kesedaran Halal selain mengadakan kempen jelajah diharap dapat memupuk kesedaran halal dan sekali gus mempromosikan konsep Dasar Halal Negara yang lebih inklusif. |
|
Beranang, 20 April 2025 bersamaan dengan 21hb Syawal 1446H
PELUNCURAN LOGO PERSIDANGAN Meja Bulat NGO DASAR HALAL NEGARA 2025
Sekian Wassalam. ✒️Dr Helmi Ibrahim Setiausaha Agung Majlis Ekonomi Halal (MEH) Emel: [email protected] h/p: 016-366 8948 |
|
Petaling Jaya, 25 Feb 2025 -
FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) kali ini di Armada Hotel, Petaling Jaya. Majlis Ekonomi Halal (MEH) telah dijemput dalam sesi FGD Dasar Halal Negara oleh Skretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sesi 25Feb adalah sesi FGD kedua MEH terlibat. Wakili MEH : 1.Dr Helmi 2.Dr Nurliana 3.Nabila 4.Sitihazar 5.Tok Wan Kamarudin |
|
Kuala Lumpur, 4 Feb 2025 -
Focus Group Discussion (FGD) di ACE Conference Centre (AICB Centre of Excellence), Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Dr Helmi Ibrahim, Setiausaha Agung MEH & Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub Pengerusi INSKEN menghadiri Focus Group Discussion Pembangunan Dasar Halal Negara (2025 - 2035) dan Pelan Tindakan Halal Negara DHN 2035. Majlis Ekonomi Halal (MEH) hadir diatas jemputan Skretariat Majlis Halal Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perbincangan melibatkan 130 agensi kerajaan Persekutuan, Negeri, Universiti dan wakil-wakil NGO/pemain industri. |